OKTOBER 2024

Hari Ini Adalah Sejarah Kepimpinan PBB Menerima Belia - Premier Sarawak


SIBU: Ahad 7 Oktober 2024

Premier Sarawak dan Yang Dipertua PBB Sarawak, YAB Datuk Patinggi, Tan Sri (Dr) Abang Johari Bin Tun Abg Openg berkata demikian kepada lebih 400 orang belia yang berumur 18 Tahun hingga 28 Tahun dari 82 cawangan Parti Pesaka Bumipitera Bersatu ( PBB ) seluruh Sarawak  berharap program Pergerakan Sayap Belia tersebut nanti seperti "internship" dalam sebuah badan koporat dan mereka sebenarnya dalam proses untuk belajar Politik. 

Ianya adalah landasan untuk mereka dapat menyumbang kepada PBB malah Gabungan Parti Sarawak serta memberi input kepada pucuk pimpinan, katanya Sempena Majlis Pelancaran Pergerakan Sayap Belia PBB di sebuah hotel terkenal di Sibu.

Katanya lagi, lebih 60% rakyat Sarawak yang berumur 55 Tahun kebawah dan mempunyai pengundi yang lebih cerdik dan berlatabelakang

pengetahuan dimana ianya akan mempengerahui dalam kita merangka dasar-dasar ekonomi dan sosial ternasuk faktor menjadi kehendak cara dan tatakelola kerajaan yang baik.

"PBB sebagai sebuah parti yg dominan dlm Politik negeri Sarawak hendaklah melatih pimpinan dari peringkat belia lagi hingga mereka akan naik ke sayap pemuda dan wanita terus kepucuk pimpinan, maka latihan dan pendedahan yg diberi  dapat menunjukan kualiti kepimpinan dalam parti dan negeri kearah masa depan yang lebih mampan," tegasnya lagi.

Kepimpinan Sarawak mesti mengetahui selok belok untuk kita menyatukan rakyat berbilang kaum dan latarbelakang kearah satu landasan dan tujuan di mana kita dapat meningkat corak dan kualiti hidup rakyat sarawak

"Kita tahu masalah besar masih lagi berhadapan dengan kelompok masyarakat di bawah kategori kemiskinan, maka jika hendak meningkat pendapatan keluarga,mesti keluar dari kemiskinan tidak lain dan tidak bukan ialah menerusi pendidkan, justeru itu kita telah membuat keputusan pada Tahun 2026 tidak kira latarbelakang agama dan budaya kita akan memberi peluang disiplin-disiplin yang boleh meningkatkan pendapatan umpama sektor pertanian mengunakan teknologi bagi meningkatkan pengeluaran beras dan tanaman  menerusi teknologi serta melatih belia berteraskan tenaga hijau,"katanya lagi.

Justeru itu, bukan sahaja melatih belia dalam teknologi sahaja tapi  pendekatan yang betul dalam berpolitik akan memupuk keadilan.

Tambahnya lagi, kita dalam PBB hendaklah mengeluarkan orang muda boleh menjadi penimpin masa depan disamping mereka boleh gunakan teknologi dan sumber kita utk kebaikan..

Kalau ada sumber tapi pimpinan tidak betul, maka ianya tidak akan berjaya,  inilah kami yang ada dalam PBB sekarang hendak orang muda supaya mereka dapat pendekatan yang betul.

Politik hanya satu saluran untuk berkhidmat, banyak yang bukan  Politik tapi kepakaran lain juga boleh meningkat ekonomi kita.

Turut berucap adalah Muhammad Nur Syafiq Wong bin Muhammad Nur Amirul Iskandar Wong, Ketua Pergerakan Belia PBB Cawangan N.56 Dalat, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Perasmian Pelancaran Pergerakan Sayap Belia

Turut hadir adalah, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Yang Dipertua Parti PBB,YB Datuk Amar Awg Tengah Ali Hassan, Timbalan Yang Dipertua PBB, YAB Dato Sri Fadillah Haji Yusuf, Naib Yang Dipertua Kanan, YB Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Naib Yang Dipertua Kanan PBB, YB Datuk Dr Annuar Rapaee, Naib Yang Dipertua PBB, YB Dato Sri Hajjah Fatimah Abdullah, Ketua Pergerakan Wanita PBB, YB Miro Sumuh, Ketua Pergerakan Pemuda PBB, Naib-Naib Yang Dipertua PBB, Ahli-ahli Majlis Tertinggi Bapa, Pergerakan Wanita, Pergerakan Penmuda

 dan dif-dif kenamaan lain.